Friday, June 5, 2020

APA ADA PADA PISANG???

CERITA PISANG!!!!!!!
POKOK PANGKALNYA BILA POKOK SIHAT PISANGNYA PUN..PAHAM-PAHAM JER LA YA😉



Semalam beli pisang. Cantik je bentuk pisang. Makan sampai tinggal 1.
.
Pagi tadi macam biasa saya akan telan 1 biji kapsul kunyit hitam Black G ni.
.
Pada usia 44 tahun ni biasalah orang dah risau pasal "prestasi kerja".


Alhamdulillah berkat amalkan kapsul ini "kerja rumah" bukanlah masalah besar. Tak perlu kan alat bantuan lain. Guna apa yang ori pun still bagus.
.
Kalau nak tahu fungsi kunyit hitam untuk fungsi "kerja" ni google je.
.
Bukan nak cakap kotor ke apa. Sebab kesian juga dengar kawan-kawan mengadu pasal prestasi kerja ni sampai kena beli spray, ubat sapu dan macam-macam lagi semata-mata nak kekalkan prestasi.
.
Black g ni bukan untuk tu je. Ia juga lancarkan darah, stabilkan bacaan gula, baiki saraf, tingkatkan imun, membantu pernafasan dan stamina, serta anti oksida yang sangat bagus.

Dapatkan khasiat Kunyit Hitam BLACK G NUTRIMA BY MARDI sekarang.

SOLUSI HERBA R&D MARDI.
Info lanjut Black G Nutrima by MARDI:






Atau scan QR CODE dibawah:




#Infosihatzuriblackgrndmardi
#BMF



Tuesday, April 28, 2020

PENYALAHGUNAAN LOGO SERTA GAMBAR SAINTIS MARDI OLEH FAR35.

PENYALAHGUNAAN LOGO MARDI, GAMBAR SAINTIS MARDI PADA PENGIKLANAN PRODUK KUNYIT HITAM FAR35 DI MEDIA SOSIAL OLEH SYARIKAT ARRIAN BIZ.

Berikutan banyak aduan, pertanyaan melalui panggilan telefon, e-mail dan WhatsApp dari Stokis, Ejen,pelanggan serta pengguna diluar berkenaan isu ini, pihak syarikat Black G Sdn. Bhd telah menganggap isu ini adalah isu yang serius dan perlukan penjelasan rasmi dari pihak MARDI.

Sehubungan dengan itu,pihak kami selaku satu-satunya syarikat yang mempunyai kolaborasi dengan pihak MARDI terhadap R&D Kunyit Hitam di Malaysia telah menghantar surat rasmi pada 7/1/2020 untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar.

Pihak MARDI telah menjawab secara rasmi kepada kami pada 16/1/2020 dan butiran terperincinya adalah seperti yang kami lampiran/sertakan disini.



Pihak kami ingin menegaskan sekali lagi,hanya syarikat Black G Sdn. Bhd sahaja satu-satunya syarikat yang mempunyai kolaborasi R&D dengan pihak MARDI dalam menghasilkan produk makanan dan kesihatan berasaskan Kunyit Hitam dimana perjanjian tersebut telah ditandatangani pada tahun 2016.

Pihak MARDI  dan syarikat Black G Sdn. Bhd juga telah bersetuju untuk menghasilkan produk hasil R&D ini melalui perjanjian Perlesenan Teknologi dibawah jenama Black G pada tahun 2018.


Jenama Black G ini juga telah dilindungi dibawah HARTA INTELEK CAP DAGANG dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dan persetujuan syarikat Black G Sdn. Bhd.

Hanya pihak syarikat Black G Sdn.Bhd. sahaja dibenarkan untuk menggunakan logo MARDI,gambar, sijil dan video hasil daripada kolaborasi R&D ini di dalam pengiklanan dan produknya.



Sehubungan dengan ini, pihak kami Black G Sdn.Bhd. meminta pihak syarikat Arrian Biz dan produk kunyit hitam mereka yang berjenama FAR35 menarik balik semua iklan-iklan mereka dan menghentikan penipuan ini serta-merta di media sosial dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika didapati berdegil dan iklan masih ada dan diteruskan di media sosial.

Harap maklum dan terima kasih.

#infozuriblackgrndmardi

Monday, April 20, 2020

'PERIOD CYCLE' TIDAK TERATUR.

Ladies, Jangan Ambil Mudah Jika ‘Period Cycle’ Tak Teratur. Anda Mungkin Ada Penyakit Ini.

Penyakit ini merupakan Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS).
  •  Satu kitaran haid selalunya memakan masa selama 28 hari, ada yang lebih atau kurang sedikit, bergantung kepada tubuh badan seseorang.

    •  Apakah simptom-simptom PCOS?
      Ramai wanita yang mempunyai polysistik ovari mula mendapat haid yang tidak tetap atau tidak kerap dalam masa tiga atau empat tahun mereka mula dating haid. Kira-kira separuh daripada wanita yang mengalami keadaan ini juga mengalami peningkatan berat badan dan berbulu lebat pada tahap-tahap yang berbeza.
      Jika anda mengalami polisistik ovari, anda mungkin mengalami yang berikut:
      • haid yang tidak tetap atau tidak datang haid;
      • darah yang keluar semasa haid sangat sedikit atau sangat banyak;
      • ketidakselesaan perut pada tahap ringan hingga pertengahan;
      • bulu lebat tumbuh pada muka, dada dan bahagian bawah abdomen;
      • jerawat.
      • tidak subur.
    • Diatas adalah diantara tanda-tanda seorang wanita yang mengalami masalah PCOS.
    • Kenali POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME(PCOS):
    • 3276
    • C11f

    • Be87
       
    • APAKAH HAID?

      Haid adalah sesuatu yang terjadi apabila badan anda cukup matang untuk hamil. Setiap bulan, lapisan uterus (rahim) anda yang mengandungi tisu menjadi lebih tebal dan telur (yang digelar sebagai ovum) akan dilepaskan daripada ovari anda. Jika telur tersebut disenyawakan oleh sperma, tisu tersebut akan kekal di tempatnya bagi memudahkan proses kehamilan. Tetapi jika telur tidak disenyawakan, badan anda akan menggugurkan tisu tersebut melalui faraj. Tisu tersebut ialah darah yang anda lihat dan proses bulanan ini dipanggil menstruasi.

      BILAKAH ANDA AKAN MENDAPAT HAID YANG PERTAMA?

      Kebanyakan gadis mula mendapat tanda-tanda haid pertama dan mula bermenstruasi antara umur 11 dan 14 tahun, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa antara umur lapan dan 16 tahun. Perlu ingat bahawa setiap orang berbeza, jadi umur biasa untuk datang haid bagi kawan-kawan anda mungkin tidak sama dengan anda. Anda akan didatangi haid sehingga anda berumur sekitar 50 tahun apabila anda mula mengalami sesuatu yang dipanggil menopaus. Ia adalah apabila badan anda tidak lagi bermenstruasi dan tidak berupaya untuk hamil lagi.

      APAKAH TANDA-TANDA HAID PERTAMA ANDA?

      Adakah anda tahu perubahan yang kita sedang bincangkan? Jika anda merasakan payudara anda bertambah besar, bulu mula tumbuh di bahagian intim dan jika anda mendapati keputihan bewarna putih pada seluar dalam anda, ini bermakna badan anda akan mengalami haid yang pertama tidak lama lagi. Apabila ia bermula, anda mungkin juga akan mengalami sindrom sebelum menstruasi (PMS). Hal ini menyebabkan simptom seperti kesakitan haid (senggugut di perut anda), rasa murung, kembung, sakit belakang, berat badan meningkat dan jerawat mula tumbuh.

      BERAPA LAMAKAH TEMPOH HAID PERTAMA?

      Tempoh purata untuk aliran darah haid adalah antara empat atau lima hari, tetapi haid anda boleh berterusan selama tiga hingga lapan hari. Diingatkan sekali lagi, setiap individu berbeza. Haid adalah sebahagian daripada kitaran haid anda yang bermula pada hari pertama aliran darah keluar dan tamat pada hari sebelum haid seterusnya bermula. Purata kitaran ialah 28 hari tetapi ia mungkin akan menjadi lebih pendek atau lebih panjang.

      BERAPA BANYAKKAH DARAH HAID NORMAL?

      Walaupun darah itu kelihatan banyak, tetapi kemungkinan besar ia tidak melebihi dua atau tiga sudu besar. Adalah normal untuk mengalami aliran darah haid yang lebih banyak pada beberapa hari pertama ketika anda datang haid.


  • Hati-hati ya kaum hawa! Pastikan anda mempunyai kitaran haid yang tetap pada setiap bulan untuk menentukan anda mempunyai hormon yang normal.

SOLUSI HERBA R&D MARDI.
Info lanjut Black G plus liquid:


Dapatkan khasiat BLACK G Plus Liquid R&D MARDI sekarang.



Atau scan QR CODE dibawah:




#Infosihatzuriblackgrndmardi
#BMF

Friday, April 17, 2020

KHASIAT KUNYIT SEMBUHKAN KANSER.

Wanita British Terkejut Kunyit Sembuh Kanser.







SEORANG pesara British yang bertarung menentang kanser selama lima tahun akhirnya sembuh daripada penyakit itu dengan bantuan 'kunyit'.
Dieneke Ferguson, 67, mungkin menjadi orang pertama diketahui pulih daripada kanser dengan mengambil tablet yang dibuat dari rempah-ratus, selepas menghentikan rawatan perubatan konvensional.
Tetapi ia menambahkan kesakitan di bahagian belakangnya dan selepas dua kali mengalami relapse (penyakit kembali semula), doktor bimbang mengenai jangka hayat Ferguson.
Walau bagaimanapun, kiraan sel plasmanya kini tidak begitu banyak dan mengakui kualiti hidupnya bertambah baik dengan ketara.
Sel plasma adalah sejenis sel darah putih yang, apabila dengan myeloma, menjadi tidak normal dan berkembang biak dengan tidak terkawal.
Pesara yang banyak terlibat dalam bidang seni ini menemui 'curcumin' yang dikatakan menjadi penawar. Curcumin adalah salah satu sebatian utama kunyit.
Dia mengambil tablet kunyit 8g itu setiap hari selama bertahun-tahun tanpa rawatan lanjut dan kini telah mengejutkan doktor.
"Sepanjang pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama di mana kurkumin telah menunjukkan tindak balas objektif dalam penyakit progresif tanpa adanya rawatan konvensional," kata doktornya, dari Barts Health NHS Trust di London, yang menulis di British Medical Journal Case Report.
"Dengan tiadanya rawatan antimyeloma lagi, pesakit tetap stabil selama lima tahun yang lalu dengan kualiti hidup yang baik."
Tablet itu, yang mengandungi paras curcumin yang tinggi, menelan kos £50 selama 10 hari.
Adalah sesuatu yang mustahil untuk merawat kanser dengan kunyit dapur biasa, kerana ia mengandungi hanya dua peratus curcumin.
Pakar kini percaya kunyit, yang biasanya digunakan dalam masakan Asia, boleh membantu melindungi penyakit Alzheimer, penyakit jantung dan kemurungan.
Walau bagaimanapun, ia jarang dipreskripsi kerana ia belum lagi diuji dalam ujian berskala besar.
Ferguson berkata: "Saya harap kisah saya ini akan membawa banyak manfaat kesihatan kepada orang ramai tentang kurkumin yang luar biasa."
Myeloma menjejaskan kira-kira 5,500 orang di UK setiap tahun, membunuh hampir 3,000 orang. -metroUK

Rujukanhttps://www.mstar.com.my/global/dunia/2018/01/05/kunyit-sembuh-kanser-darah




Dapatkan khasiat Kunyit Hitam BLACK G R&D MARDI sekarang.



Atau scan QR CODE dibawah:




#Infosihatzuriblackgrndmardi
#BMF


Monday, April 6, 2020

KOPI BLACK G R&D MARDI.

JANGAN BACA JIKA ANDA BUKAN SEORANG "COFFEE LOVER"....


8 FAKTA TENTANG KOPI YANG MESTI ANDA TAHU, KALAU TAK, CEROIII  LAA...


1.Biji kopi ni ada 2 jenis, iaitu arabica dan robusta. 70% biji kopi adalah arabica. Meskipun kurang popular, robusta juga memiliki banyak penggemarnya kerana rasanya sedikit lebih pahit dan memiliki kafein dua kali lebih banyak dari arabica.

2. Majoriti kopi diproduksi/dikeluarkan di Brazil.

Brazil menghasilkan 40% kopi dunia, setelah itu Colombia dan Vietnam.

3. Kopi sebenarnya buah

Ingat ya, sebelum dinikmati sebagai minuman , kopi sebenarnya adalah buah yang mirip buah ceri.

4. Kopi termahal di dunia ada di Indonesia.

Kopi luwak yang berasal dari kotoran/najis  luwak/musang kelapa di Sumatera, Indonesia, masih jadi kopi paling mahal di dunia.Harganya mencecah RM 300.00-RM 400.00 secawan.

Harganya mahal mungkin kerana prosesnya yang rumit dan melibatkan proses pencernaan  haiwan luwak/musang kelapa yang menyebabkan kopi ini begitu mahal harganya

5. Kafein yang berlebihan boleh membunuh

Meskipun sudah banyak penelitian berkaitan kopi, anda tidak dianjurkan untuk menikmatinya secara berlebihan, kata pakar kesihatan.

6. Kafein boleh meningkatkan ghairah seks wanita

Kajian mengatakan, kopi boleh meningkatkan pengalaman seksual tertentu pada wanita yang suka minum kopi.

7. Kelazatan kopi tergantung proses memanggangnya

Saat dipanggang, kandungan kafein akan meningkat sehingga akan menambah rasa dan aroma kopi.

8. Kopi Kunyit Hitam yang pertama dan terulung di Malaysia,yang satu-satunya mempunyai kajian dan penyelidikan dari saintis MARDI ialah BLACK G COFFEE yang dijenamakan dengan Nutrima by MARDI.

Campuran biji kopi arabica dari Brazil, Ganoderma/linghzi(cendawan merah),creamer bukan tenusu yang diimport memberikan aroma dan rasa yang lazat dan memikat untuk memberikan tenaga dan alternatif bagi yang ada masalah migrain.


KEISTIMEWAAN KOPI BLACK G.

Kopi Black G adalah kopi yang sangat istimewa berbanding dengan kopi pra campuran biasa yang terdapat dipasaran.Berikut adalah diantara keistimewaan kopi Black G.

1.Biji kopi Arabica yang asli.

Tidak seperti kopi pra campuran biasa.Kopi Black G menggunakan biji kopi Arabica asli yang DIMPORT dari Brazil.Harga biji kopi Arabica asli adalah 10x lebih tinggi berbanding dengan perisa kopi yang terdapat didalam kopi pra-campuran biasa.

Biji kopi Arabica mengandungi kandungan kafein yang amat rendah berbanding dengan perisa campuran yang terdapat didalam kopi pra campuran yang berada didalam pasaran sekarang.

Biji kopi Arabica asli adalah bebas dari bahan kimia yang berbahaya berbanding dengan kopi yang menggunakan perisa.Penggunaan biji kopi Arabica yang asli menyebabkan kopi Black G mengeluarkan haruman yang begitu harum dan menyelerakan.

2.Ekstrak Kunyit Hitam.


Kopi Black G mengandungi ekstrak kunyit hitam R&D MARDI.Kualiti ekstrak kunyit hitam R&D MARDI adalah terjamin dari segi keselamatan serta mutu ekstrak yg dihasilkan.Pihak MARDI tiada kompromi dalam menghasilkan ekstrak kunyit hitam yg berkualiti serta bermutu tinggi demi kesihatan serta keselamatan para pengguna kopi Black G.

Dikenali sebagai BLACK GINGER diperingkat antarabangsa manakala di Malaysia dan Indonesia ia  dikenali sebagai Kunyit Hitam.Kunyit Hitam sangat terkenal di Asia Tenggara dan di Thailand ia dikenali sebagai Ginseng Thai.

Secara tradisional herba ini digunakan untuk merawat tekanan darah,masalah gula berlebihan didalam darah,anti kanser sangat baik bagi fungsi organ kelakian serta kewanitaan.

3.Ekstrak Ganoderma.

Ganoderma adalah spesis cendawan cina yang sangat terkenal didalam perubatan cina.Ganoderma berkhasiat untuk memberi tenaga,meningkatkan sistem imunisasi,anti kanser serta menghilangkan kelesuan.

Lain-lain kelebihan Kopi Black G.


1.Ia mengandungi kandungan gula yang sangat minima dan masih boleh diminum oleh pesakit diabetes.Kandungan ekstrak kunyit hitam serta Ganoderma inilah yg menyebabkan ia masih boleh diminum oleh pengidap diabetes kerana ekstrak Kunyit Hitam yang terdapat didalam Kopi Black G bersifat anti diabetik.

2.Ia amat sesuai diamalkan ketika perut kosong kerana khasiat ekstrak kunyit hitam serta ganoderma akan terus diserap oleh tubuh dan memberi kesan yang amat baik untuk kesihatan.ia juga melawaskan sistem perkumuhan badan.

3.Bagi yang berdiet pula.Kopi Black G memberi satu kelebihan kerana ianya mengenyangkan dan memberi tenaga secara semulajadi hasil dari ekstrak kunyit hitam dan Ganoderma.

4.Ia juga dapat mengelakkan Migrain kerana khasiat kunyit hitam itu anti depresi atau anti kemurungan.Khasiat kunyit hitam berupaya untuk meningkatkan tahap Dopamin yang anti stress dan membangkitkan mood yang baik.Peningkatan tahap Dopamin membantu melawan penyakit kemurungan dan mengurangkan serangan migrain.

5.Ia boleh diminum dengan ais.Kesedapan serta keharuman bau kopi Arabica yang begitu menyelerakan serta penuh khasiat.





Boleh diminum samada panas atau sejuk.
Jom Ngopiiii..... 😅😅😅...nak order ke...

Dapatkan khasiat Kopi BLACK G R&D MARDI sekarang.



Atau scan QR CODE dibawah:


#zuriblackgrndmardi
#BlackGcoffee
#KunyitHitamRnDsaintisMardi
#produkRnDsaintisMardi
#BMF

Tuesday, March 31, 2020

MY METRO-BENIH KULTUR TISU R&D MARDI.


Benih kultur tisu



DR Zuraida (kanan) dan pembantu makmal, Ayu Nazreena Othman menunjukkan teknologi kultur tisu kunyit hitam.


Teknologi kultur tisu adalah satu pendekatan untuk membiakkan bahan tanaman secara aseptik di dalam medium.
Ia biasanya akan ditumpukan kepada tanaman yang mempunyai nilai ekonomi tinggi dan prospek cerah pada skala komersial.
Satu pendekatan diambil untuk menghasilkan tanaman dengan lebih cepat. Kaedah ini mampu memenuhi permintaan pasaran selain menguntungkan petani yang ingin mengusahakan projek penanaman berskala besar.
Kunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora adalah sejenis tanaman cekur bernilai tinggi dan digunakan secara tradisional dibiakkan melalui kaedah kultur tisu.
Proses menghasilkan anak benih kunyit hitam menggunakan kaedah kultur tisu ini dibangunkan Pegawai Penyelidik, Program Agri-Omik dan Bioinformatik, Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman.



RIZOM kunyit hitam bagi menghasilkan kultur tisu.
Menurutnya, tidak ramai yang mengetahui khasiat dan kebaikan kunyit hitam. Secara saintifiknya, khasiat kunyit hitam yang berwarna ungu kehitaman sudah dibuktikan melalui kajian yang dilaporkan di dalam beberapa jurnal.
Namun katanya, kekurangan bahan tanaman ini di Malaysia menyebabkan ia sangat sukar untuk diperoleh dan antara faktor utama kunyit hitam tidak popular seperti tanaman lain.

     PEMILIHAN mata tunas.

“Malah, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia masih tidak menghasilkan produk berasaskan tanaman kunyit hitam walaupun banyak institusi penyelidikan serta universiti yang mengetahui potensi besar tanaman ini.
“Kesukaran untuk mendapatkan rizom sebagai bahan utama dalam penghasilan produk antara masalah utama. Harga rizom yang terlalu mahal menyukarkan pengusaha industri herba untuk mengeksploitasi dan memperkenalkan tanaman ini dalam pasaran industri herba.
“Walaupun permintaan produk herba terus meningkat kebelakangan ini, penghasilan produk berasaskan kunyit hitam masih dipandang sepi berikutan kekurangan bahan tanaman untuk penghasilan secara berskala besar,” katanya di Ibu Pejabat MARDI, Serdang, baru-baru ini.


PENGHASILAN pucuk pemula di atas medium yang mengandungi hormon beserta kaedah pensterilan yang optimum.

Dr Zuraida berkata, peluang ini membolehkan MARDI membangunkan tanaman kunyit hitam ini melalui kaedah kultur tisu bagi memperbanyakkan anak benih yang perlu dieksploitasikan dengan kadar segera.
“Produk berasaskan kunyit hitam ini boleh diguna pakai dalam bentuk makanan kesihatan, makanan tambahan herba, campuran produk bersama kopi, kosmetik dan farmaseutikal.


PENGHASILAN anak benih kunyit hitam pada kadar yang tinggi dan sedia untuk dipindah ke beg semaian.
“Kajian kunyit hitam ini mendapati ia mempunyai ciri-ciri antiradang, antigastrik dan antiobesiti. Teknik kultur tisu tumbuhan sudah lama diterima dan diguna pakai untuk pembiakan mikro pelbagai jenis tumbuhan serta tanaman.
“Teknologi kultur tisu ini menghasilkan bahan tanaman dalam skala yang besar dan tempoh singkat. Teknologi ini berjaya menghasilkan lebih 3,000 anak benih pokok daripada satu pokok tunggal berbanding kaedah konvensional yang hanya menghasilkan 15 hingga 20 anak benih,” katanya.


ANAK pokok kunyit hitam yang menggunakan kaedah kultur tisu.

Katanya, teknologi ini salah satu proses penghasilan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak. Dalam kaedah ini, bahagian spesifik tunas yang berpotensi untuk menjana semula sudah dipilih.
“Teknologi ini juga menggunakan teknik pensterilan khusus untuk penghasilan bahan pemula berkualiti dan dikultur secara efektif dalam medium pertumbuhan yang diubah suai untuk menghasilkan anak benih kunyit hitam secara kultur tisu.


DR Zuraida menunjukkan sebahagian produk berasaskan kunyit hitam yang dihasilkan MARDI.
“Proses tapisan dan pemilihan tunas baru daripada pokok induk dibuat pada usia tertentu tunas berkenaan. Kaedah dijana melalui teknologi ini mampu menghasilkan klon tumbuhan yang subur dalam kuantiti besar untuk peringkat komersial yang boleh digunakan dalam industri herba.
“Proses kultur tisu mengambil masa lapan bulan hingga setahun sebelum dipindahkan dalam beg semaian. Tempoh matang bagi pokok ini mengambil masa sehingga 10 bulan dalam memastikan bahan aktif
di dalam kunyit hitam pada paras tertinggi,” katanya.

KUNYIT hitam boleh menghasilkan produk kesihatan dan kosmetik.
Info
• Tumbuhan herba daripada kumpulan keluarga Zingiberaceae.
• Nama saintifik: Kaempferia parviflora
• Ciri-ciri botani: Tumbuhan dwitahunan dengan rizom di bawah tanah. Berwarna hitam ungu dan kepekatan warna bergantung kepada tanah. Parviflora, memutuskan bahawa ciri-cirinya adalah hitam ungu.
• Khasiat kunyit hitam
a. Peningkatan tenaga
b. Meningkatkan kekuatan otot
c. Diperkaya dengan antioksidan
d. Membantu rawatan resdung tahap kronik, alahan dan kegatalan
e. Antigastrik/ ulser
f. Merangsang penghadaman dan mengelakkan sembelit serta buasir
g. Rangsangan prestasi seksual (wanita) dan menopaus
h. Mencegah masalah obesiti dan diabetes
i. Membantu rawatan migrain dan sakit kepala
j. Mencegah penyakit kardiovaskular (strok dan jantung), peningkatan peredaran darah
k. Antibarah
l. Membantu meningkatkan prestasi seksual dan tenaga fizikal.

Dapatkan khasiat Kunyit Hitam BLACK G R&D MARDI sekarang.



Atau scan QR CODE dibawah:



Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Oktober 2018 @ 12:50 PM.Rujukan: https://www.hmetro.com.my/agro/2018/10/383584/benih-kultur-tisu