Thursday, March 19, 2020

SAYANGI BUAH PINGGANG ANDA.




Punca Buah Pinggang ROSAK...
Ramai yg tidak PEDULI...


Sebelum kita pergi lebih lanjut, punca-punca yang akan diberitahu dalam artikel ini  adalah merujuk kepada umum berlakunya penyakit buah pinggang dalam kalangan rakyat Malaysia.

1.Kencing manis.




Perlu kawalan yang ketat, ujian pemeriksaan yang sering dipantau oleh doktor adalah penting jika tidak dikawal buah pinggang itu akan perlahan-lahan rosak tanpa kita sedar.
Tidak ada perkara yang menjadi kegemaran ramai seperti “pengambilan gula,” dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri. Kencing manis telah menyumbang lebih daripada 60 peratus kes baru pesakit yang melakukan rawatan dialisis di Malaysia.
Penyakit buah pinggang tidak akan terjadi kepada pesakit diabetes jika tekanan darah yang baik dan kawalan gula darah dalam keadaan yang baik dapat membantu mencegahnya. Kawalan ketat terhadap pengambilan makanan seharian kita boleh memberi manfaat besar dalam mengurangkan risiko penyakit buah pinggang. Ia juga boleh membantu melindungi saluran darah, anggota badan, mata dan keseluruhan tubuh badan anda untuk berfungsi dengan baik.

2.Tekanan Darah Tinggi.(Hipertensi)



Punca Penyakit Buah Pinggang 2

Tekanan darah tinggi juga merupakan antara punca yang utama kepada penyakit buah pinggang ini. Keadaan ini akan mengakibatkan tekanan tambahan pada saluran darah dalam tubuh badan anda, termasuk penapis buah pinggang yang terlalu kecil dan rapuh tidak berfungsi secara optimum. Hipertensi adalah punca kegagalan buah pinggang yang berlaku.
Tekanan darah yang normal adalah bacaan yang kurang daripada 130/85 – ini adalah sasaran untuk orang awam.
Jika anda mempunyai diabetes atau protein dalam air kencing anda, bacaannya ialah 125/75.
Kawalan berat badan, senaman, dan ubat-ubatan mampu mengawal peningkatan tekanan darah. Mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang normal dapat membantu mencegah atau memperlahankan kerosakan buah pinggang. Amat penting kepada semua untuk mengambil saringan awal supaya penyakit ini dapat dicegah sebelum lebih parah.
Ambil pil tekanan darah kerana ia akan memandu supaya buah pinggang berfungsi dengan baik dan mengurangkan risiko kepada tekanan darah tinggi. Sekiranya anda tidak mampu membeli pil atau ubat tekanan darah anda kerana terlalu mahal atau bagi mereka yang mempunyai kesan sampingan selepas mengambil ubat tersebut, Maklumkan kepada doktor anda. 
Doktor akan memberi nasihat dan panduan kepada anda, sama ada dengan menyarankan kepada anda untuk beralih kepada ubat yang kurang mahal atau mencadangkan pilihan lain untuk anda. Pemeriksaan yang teratur adalah perlu supaya tiada perkara luar jangkaan kita terjadi dan amat perlu bagi menghindari penyakit ini.

3.Mempunyai halangan atau penyumbatan pada ginjal.




Kerosakan  buah pinggang akan berlaku jika anda mempunyai bekas-bekas luka dari jangkitan yang wujud dalam buah pinggang.
Boleh juga berlaku apabila anda mempunyai gumpalan darah atau permukaan kolesterol yang telah menghalang saluran darah daripada berfungsi dengan baik dalam ginjal anda. Berkemungkinan batu karang yang dialami oleh pesakit telah menghalang aliran air kencing daripada buah pinggang.
Sesetengah halangan ini boleh diperbaiki untuk memastikan fungsi dalam buah pinggang adalah baik dan tidak tersekat. Batu karang ini boleh dirawat, jika anda menyedarinya lebih awal jika ada sesuatu yang yang menghalang ataupun penyumbatan pada ginjal berlaku, rujuk kepada doktor anda berkenaan langkah-langkah untuk merawatnya.

4.Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dan alahan terhadap ubat antibiotik.




Penggunaan secara maksima ubat-ubat tahan sakit yang bukan steroid iaitu anti-radang (NSAID) dikait rapat dengan berlakunya keradangan buah pinggang yang boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Pesakit harus lebih berjaga-jaga dengan memastikan kandungan setiap ubat yang diambil mendapat kelulusan daripada pakar dan doktor.
Satu pil mampu memberi kesan yang berbahaya kepada pesakit yang berisiko kepada kegagalan buah pinggang.
Reaksi alahan akan memberi kesan sampingan kepada pesakit. Sangat dikhuatiri kepada mereka yang berisiko menghidapi masalah penyakit ini. Antibiotik seperti penisilin dan vancomycin boleh menyebabkan kerosakan nefritis dan penyakit buah pinggang.
Jika anda mengambil ubat-ubatan seperti ini setiap hari, pastikan bahawa doktor anda mengetahuinya. Ini sangat penting jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang yang diketahui. Apabila anda mengambil jenis ubat yang baru sekalipun, Lapor dan maklumkan segala gejala serta kesan yang baru hadir kepada doktor anda. Hanya kerana anda boleh membeli sesuatu di kedai ubat tanpa arahan pakar atau doktor, ini tidak bermakna ianya tidak berbahaya.

5.Keradangan.




Penyakit tertentu, seperti glomerulonephritis (penapis buah pinggang yang meradang), boleh merosakkan buah pinggang. Kadangkala kerosakan itu sempurna lengkap untuk menyebabkan kegagalan buah pinggang. Sesetengah glomerulonefritis berlaku dalam keturunan keluarga. Sesetengahnya mungkin daripada tindak balas imun terhadap jangkitan seperti sakit tekak yang boleh membawa kepada demam.
Jadi, kenal pasti sejarah keluarga anda. Mempunyai keturunan yang terlibat dengan kesakitan tekak kepada sakit tekak yang lebih parah, dan merawat jangkitan pada tekak untuk mengurangkan risiko ini.

6.Trauma atau Kemalangan.




Kemalangan, kecederaan, sebahagian pembedahan, dan pancaran sinar-X dapat mengurangkan aliran darah ke buah pinggang. Ini boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang akut (tiba-tiba). Sesetengah kegagalan buah pinggang akut akan menjadi lebih baik, tetapi risiko punca penyakit buah pinggang yang kronik lebih tinggi jika buah pinggang anda gagal tanpa sebab.



7 Cara Kunyit Hitam Black G R&D MARDI Membantu Menguatkan Fungsi Buah Pinggang.







  • Antioksidan – Mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  • Membantu meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.
  • Membantu mengurangkan pengumpulan platlet pada buah pinggang.
  • Membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang.
  • Membantu mengurangkan proses lipid peroksida.
  • Membantu mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.
  • Menyingkirkan Protein yang berlebihan.



Dapatkan khasiat Kunyit Hitam Black G R&D MARDI sekarang.Klik link whatsapp stokis rasmi:



Atau scan QR CODE dibawah:

#Infosihatzuriblackgrndmardi
#BMF


No comments:

Post a Comment