Saturday, July 4, 2020

PENDAFTARAN PATEN MyIPO BLACK G NUTRIMA BY MARDI.

JANGAN DIRI DIPERBODOHKAN ..... JADILAH PENGGUNA YANG BERILMU

📌PATEN

Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk sesuatu rekacipta, sama ada produk atau proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.

Dalam erti kata mudah, Paten merujuk kepada ciptaan baru atau inovasi terhadap produk sedia ada. Sekiranya anda telah merekacipta sesuatu ciptaan baru atau teknologi yang masih belum wujud di dunia ini, maka ciptaan anda boleh dilindungi di bawah Paten.

Antara kepentingan pendaftaran paten di MyIPO adalah seperti berikut:

•Memanfaatkan rekacipta yang dipatenkan
•Penyerah hak atau pindah milik
•Mendapat lesen

📌CAP DAGANGAN

Cap Dagangan yang juga dikenali sebagai “Trade Mark” boleh membezakan barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain.

Cap Dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut. Pendaftaran cap dagangan adalah sah selama 10 tahun dari tarikh pendaftaran dan perlu diperbaharui setiap 10 tahun.

Contoh trademark yang popular dan dikenali ramai adalah KFC, Lenovo, Coca Cola, Apple, Proton dan sebagainya.

Antara kelebihan pendaftaran cap dagangan di MyIPO adalah seperti berikut:

📌Asas untuk membina jenama dan reputasi syarikat.

📌Berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.

📌Mendapatkan perlindungan daripada disalahguna, dan ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

📌Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan.

📌Pemilik cap dagangan mempunyai pilihan pelesenan atau menyerahkan pemilikan tanda dagangan dengan keuntungan yang tinggi.

Produk-produk yang berasaskan Kunyit Hitam Black Ginger keluaran BlackG Sdn.Bhd dengan label nama Nutrima by MARDI adalah suatu inovasi terbaru dalam bidang makanan tambahan dan kecantikan yang telah mempunyai HAK MILIK HARTA INTELEK CAP DAGANG.









Nota:
Nak mudah faham bagi yang tak reti dan supaya tak ditipu orang, bila lihat logo sesuatu jenama, tengok kat atas sebelah kanan tu ada tak huruf ® camni, pasal zaman sekarang ramai sangat yang claim  ada paten MyIPO.


Produk yang meniru tiada paten MyIPO.... Mudah-mudahan tak ditipu oleh si penipu.

#zuriblackgrndmardi