Sunday, March 15, 2020

BLACK G PLUS LIQUID DAN MADU TUALANG.


Di Malaysia terdapat bermacam jenis madu bergantung kepada jenis lebah dan tempat ia membiak sama ada bersarang atau dipelihara. Antara madu lebah yang begitu terkenal di negara ini adalah Madu Tualang.

LEBAH TUALANG (Apis dorsata) merupakan sejenis lebah madu bersaiz paling besar yang gemar membuat sarang di pokok tualang. Lebah tualang boleh terbang mendapatkan nektar dalam anggaran 5000 bunga-bungaan setiap hari. Setiap ekor akan mengumpul dalam anggaran 20 gram nektar untuk dibawa ke sarang.

lebah madu tualang di sarangnya
Lebah Tualang @ Apis Dorsata

POKOK TUALANG (Koompassia excelsa) pula merupakan sejenis pokok saka tumbuh di hutan Malaysia/Indonesia di mana pokok ini tinggi dan di dalam hutan serta mempunyai banyak dahan. Di Semenanjung Malaysia pokok tualang banyak terdapat di utara Semenanjung seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu sahaja.


pokok tempat lebah madu tualang buat sarang
Pokok Tualang @ Koompassia Excelsa

Lebah Tualang dipanggil sebagai 'Giant Honey Bee' terdapat di kawasan Asia Tenggara sehingga ke kawasan India Selatan yang mempunyai iklim tropika. Lebah ini yang mempunyai saiz badan besar mampu terbang jauh untuk mencari makanan dan bersarang di tempat yang tinggi pada pokok tualang di hutan. Pada kebiasaannya satu pokok boleh menempatkan di antara 50 hingga 60 sarang. Ada juga pokok yang memiliki lebih 100 sarang. Ia bergantung pada musim. Bila musim lawas, biasanya jumlah sarang tidak banyak. Tapi apabila musim lebat, memang tidak menang tangan dibuatnya.


bebarapa sarang koloni lebah madu tualang di pokok tualang
Beberapa sarang koloni lebah madu tualang

Saiz sarang juga berbeza-beza. Biasanya panjangnya mencecah 1.2 meter (m) dan ada juga yang boleh memanjang sampai 1.8 mDianggarkan satu sarang yang bersaiz 0.9 m boleh menempatkan 50,000 hingga 70,000 ekor lebah yang terdiri daripada lebah ratu, lebah jantan dan lebah betina.


sarang lebah madu tualang di pokok tualang
Sarang lebah madu tualang

Dalam kasta keluarga serangga himenoptera ini, lebah betina merupakan lebah pekerja yang keluar menghisap nektar daripada lebih 100 jenis debunga di sekitar hutan dan menyimpannya di pundi manisan. Ia kemudian dipindahkan ke sarang lebah, lebih tepatnya, dibawa ke indung madu. Lebah betina bertindak sebagai lebah pekerja manakala lebah jantan akan duduk di sarang untuk memastikan ratu lebah dapat bertelur.


Dengan khasiatnya yg begitu tinggi.Khasiat madu tualang ini telah digabungkan bersama ekstrak kunyit hitam dan ekstrak biji anggur.Terhasilah produk premium,kualiti premium iaitu Black G plus liquid.


Black G plus liquid mengandungi ekstrak kunyit hitam,ekstrak biji anggur 
& madu  tualang.

Info Black G plus liquid boleh didapati dari link berikut:



Dapatkan khasiat produk R&D MARDI Black G plus liquid sekarang.Klik link whatsapp stokis rasmi dibawah sekarang:




Atau scan QR CODE dibawah:




#Infosihatzuriblackgrndmardi
#BMF


No comments:

Post a Comment