PENYALAHGUNAAN LOGO MARDI, GAMBAR SAINTIS MARDI PADA PENGIKLANAN PRODUK KUNYIT HITAM FAR35 DI MEDIA SOSIAL OLEH SYARIKAT ARRIAN BIZ.
Berikutan banyak aduan, pertanyaan melalui panggilan telefon, e-mail dan WhatsApp dari Stokis, Ejen,pelanggan serta pengguna diluar berkenaan isu ini, pihak syarikat Black G Sdn. Bhd telah menganggap isu ini adalah isu yang serius dan perlukan penjelasan rasmi dari pihak MARDI.
Sehubungan dengan itu,pihak kami selaku satu-satunya syarikat yang mempunyai kolaborasi dengan pihak MARDI terhadap R&D Kunyit Hitam di Malaysia telah menghantar surat rasmi pada 7/1/2020 untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar.
Pihak MARDI telah menjawab secara rasmi kepada kami pada 16/1/2020 dan butiran terperincinya adalah seperti yang kami lampiran/sertakan disini.
Pihak MARDI dan syarikat Black G Sdn. Bhd juga telah bersetuju untuk menghasilkan produk hasil R&D ini melalui perjanjian Perlesenan Teknologi dibawah jenama Black G pada tahun 2018.
Jenama Black G ini juga telah dilindungi dibawah HARTA INTELEK CAP DAGANG dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dan persetujuan syarikat Black G Sdn. Bhd.
Hanya pihak syarikat Black G Sdn.Bhd. sahaja dibenarkan untuk menggunakan logo MARDI,gambar, sijil dan video hasil daripada kolaborasi R&D ini di dalam pengiklanan dan produknya.
Sehubungan dengan ini, pihak kami Black G Sdn.Bhd. meminta pihak syarikat Arrian Biz dan produk kunyit hitam mereka yang berjenama FAR35 menarik balik semua iklan-iklan mereka dan menghentikan penipuan ini serta-merta di media sosial dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika didapati berdegil dan iklan masih ada dan diteruskan di media sosial.
Harap maklum dan terima kasih.
#infozuriblackgrndmardi
No comments:
Post a Comment