Ladies, Jangan Ambil Mudah Jika ‘Period Cycle’ Tak Teratur. Anda Mungkin Ada Penyakit Ini.
Penyakit ini merupakan Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS).
- Satu kitaran haid selalunya memakan masa selama 28 hari, ada yang lebih atau kurang sedikit, bergantung kepada tubuh badan seseorang.
- Apakah simptom-simptom PCOS?Ramai wanita yang mempunyai polysistik ovari mula mendapat haid yang tidak tetap atau tidak kerap dalam masa tiga atau empat tahun mereka mula dating haid. Kira-kira separuh daripada wanita yang mengalami keadaan ini juga mengalami peningkatan berat badan dan berbulu lebat pada tahap-tahap yang berbeza.
Jika anda mengalami polisistik ovari, anda mungkin mengalami yang berikut:- haid yang tidak tetap atau tidak datang haid;
- darah yang keluar semasa haid sangat sedikit atau sangat banyak;
- ketidakselesaan perut pada tahap ringan hingga pertengahan;
- bulu lebat tumbuh pada muka, dada dan bahagian bawah abdomen;
- jerawat.
- tidak subur.
- Diatas adalah diantara tanda-tanda seorang wanita yang mengalami masalah PCOS.
- Kenali POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME(PCOS):
APAKAH HAID?
Haid adalah sesuatu yang terjadi apabila badan anda cukup matang untuk hamil. Setiap bulan, lapisan uterus (rahim) anda yang mengandungi tisu menjadi lebih tebal dan telur (yang digelar sebagai ovum) akan dilepaskan daripada ovari anda. Jika telur tersebut disenyawakan oleh sperma, tisu tersebut akan kekal di tempatnya bagi memudahkan proses kehamilan. Tetapi jika telur tidak disenyawakan, badan anda akan menggugurkan tisu tersebut melalui faraj. Tisu tersebut ialah darah yang anda lihat dan proses bulanan ini dipanggil menstruasi.BILAKAH ANDA AKAN MENDAPAT HAID YANG PERTAMA?
Kebanyakan gadis mula mendapat tanda-tanda haid pertama dan mula bermenstruasi antara umur 11 dan 14 tahun, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa antara umur lapan dan 16 tahun. Perlu ingat bahawa setiap orang berbeza, jadi umur biasa untuk datang haid bagi kawan-kawan anda mungkin tidak sama dengan anda. Anda akan didatangi haid sehingga anda berumur sekitar 50 tahun apabila anda mula mengalami sesuatu yang dipanggil menopaus. Ia adalah apabila badan anda tidak lagi bermenstruasi dan tidak berupaya untuk hamil lagi.APAKAH TANDA-TANDA HAID PERTAMA ANDA?
Adakah anda tahu perubahan yang kita sedang bincangkan? Jika anda merasakan payudara anda bertambah besar, bulu mula tumbuh di bahagian intim dan jika anda mendapati keputihan bewarna putih pada seluar dalam anda, ini bermakna badan anda akan mengalami haid yang pertama tidak lama lagi. Apabila ia bermula, anda mungkin juga akan mengalami sindrom sebelum menstruasi (PMS). Hal ini menyebabkan simptom seperti kesakitan haid (senggugut di perut anda), rasa murung, kembung, sakit belakang, berat badan meningkat dan jerawat mula tumbuh.BERAPA LAMAKAH TEMPOH HAID PERTAMA?
Tempoh purata untuk aliran darah haid adalah antara empat atau lima hari, tetapi haid anda boleh berterusan selama tiga hingga lapan hari. Diingatkan sekali lagi, setiap individu berbeza. Haid adalah sebahagian daripada kitaran haid anda yang bermula pada hari pertama aliran darah keluar dan tamat pada hari sebelum haid seterusnya bermula. Purata kitaran ialah 28 hari tetapi ia mungkin akan menjadi lebih pendek atau lebih panjang.BERAPA BANYAKKAH DARAH HAID NORMAL?
Walaupun darah itu kelihatan banyak, tetapi kemungkinan besar ia tidak melebihi dua atau tiga sudu besar. Adalah normal untuk mengalami aliran darah haid yang lebih banyak pada beberapa hari pertama ketika anda datang haid.
Hati-hati ya kaum hawa! Pastikan anda mempunyai kitaran haid yang tetap pada setiap bulan untuk menentukan anda mempunyai hormon yang normal.
SOLUSI HERBA R&D MARDI.
Info lanjut Black G plus liquid:
Dapatkan khasiat BLACK G Plus Liquid R&D MARDI sekarang.
Atau scan QR CODE dibawah:
#Infosihatzuriblackgrndmardi
#BMF
No comments:
Post a Comment